Senseforth.AI lonjak prestasi pada mesin bacaan global

0
22

Platform ruang kecergasan buatan (AI) Perbualan, Senseforth.AI, telah menduduki tempat keenam di dalam satu daripada penanda aras kefahaman mesin bacaan yang paling berwibawa di dunia, Stanford Question Answering Dataset 2.0 (SQuAD 2.0).

Senseforth.AI mencatatkan 90.830 untuk menewaskan tahap prestasi manusia 89.452 dan menjadi satu-satunya syarikat permulaan AI Perbualan yang dipaparkan dalam kedudukan enam teratas dari papan pendahulu peringkat global ini.

Teknologi NLP proprietari Senseforth.AI tertanam di dalam platform AI Perbualan, A.ware, yang digunakan oleh lebih daripada 35 organisasi di Asia dan Amerika Utara untuk memperolehi pelanggan, mendorong penglibatan pengguna dan menyediakan sokongan pra jualan dan selepas jualan.

Senseforth.AI telah muncul sebagai rakan AI Perbualan pilihan untuk jenama-jenama terkemuka seperti Nestle, PwC, Future Generali, HDFC Bank, SBI Card, ICICI Bank, RBL Bank, Airtel dan lain-lain lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Senseforth.AI, Shridhar Marri berkata, kedudukan keenam di papan pendahulu SQuAD 2.0 memantapkan kewibawaan syarikatnya sebagai sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan.

“Kedudukan kami yang unggul merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kepada membangunkan penyelesaian teknologi canggih yang menangani cabaran-cabaran utama bagi perusahaan yang berkembang,” katanya.

Senseforth.AI-lonjak-prestasi-mesin-bacaan-global-Foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.