SHELLA FAEIZ TAMPIL YAKIN DENGAN BAKED

Lambakan produk kesihatan dan kecergasan di pasaran pada masa kini secara tidak langsung berjaya merangsang masyarakat kita untuk mengamalkan hidup secara sihat. Namun persoalannya, selain pensijilan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, apakah sebenarnya ciri-ciri produk yang benar-benar berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada pengguna-penggunanya?

Menjawab persoalan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif The Baked Sdn Bhd, Shella Faeiz, tampil dengan produk keluarannya tersendiri, BAKED, iaitu sebuah produk gel menyingkirkan lemak khusus untuk golongan yang bukan sahaja mahu kurus dan tampil menawan semata-mata, malah bantu mempercepatkan proses pembakaran kalori sewaktu menjalankan aktiviti rutin harian terutamanya ketika bersenam.

“Bagi penghasilan produk ini, saya tidaklah sekadar ‘asal boleh’ sahaja terus keluarkannya di pasaran. Sebaliknya, ia telah melalui proses kawalan kualiti yang panjang selama hampir setahun. Saya kaji dan nilai bahan-bahan yang terbaik, sesuai dan selamat untuk digunakan sebelum dipasarkan.

“Dalam tempoh setahun itu, saya sendiri aplikasikan dan gunakan produk tersebut untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Sungguh, saya puas hati dan ianya amat meyakinkan! Alhamdulillah, produk ini akhirnya secara rasminya telah dikeluarkan pada September 2018 ketika itu,” ujarnya.

Jika dilihat pada bahasa tubuh dan percakapannya, ramai pasti menduga bahawa pemilik empunya nama Shella Faeiz ini sendiri mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ya, ianya memang benar. Akui Shella, dia sendiri sebenarnya turut bergiat aktif di dalam pelbagai aktiviti kecergasan selama 10 tahun. Faktor tersebut juga secara tidak langsung telah mendorongnya untuk mengeluarkan produk BAKED ini.

“Aktiviti kecergasan umpama sebahagian daripada hidup saya dan saya sangat-sangat suka lakukannya. Oleh kerana terlibat dalam aktiviti inilah saya telah didedahkan dengan bermacam-macam jenis produk kesihatan, baik dari dalam negara mahupun produk luar negara.

“BAKED sendiri terinspirasi daripada sebuah produk kesihatan berkualiti keluaran Amerika Syarikat yang memang banyak menerima maklum balas yang positif. Syukur juga, kerana daripada aktiviti ini sebenarnya ia telah menjadi asbab dan membuka peluang rezeki saya yang lain untuk memulakan bisnes sendiri,” katanya.

Menurut Shella, setiap orang berhak untuk menjaga penampilan mengikut acuan dan kemampuan masing-masing. Kurus adalah sesuatu yang terlalu subjektif. Ramai orang memperkatakannya. Akan tetapi, lain orang, lain pendapat dan pilihannya. Ada yang tidak mahu terlalu kurus, ada yang inginkan tubuh langsing, ada pula yang impikan tubuh bak atlet dan sebagainya.

“Maka dari situlah, BAKED secara tidak langsung jadi medium dalam membantu pengguna-pengguna kami merealisasikan kehendak mereka. Tak salah kalau nak usaha kan?

“Tak perlu pusing jauh. Saya letakkan sahaja diri saya sendiri sebagai contoh. Misalnya, kalau saya sendiri tidak jaga kesihatan, saya rasa seolah-olah tidak yakin dengan diri sendiri. Nak jumpa orang pun rasa tak yakin sahaja. Jadi dari situlah jadi motivasi kepada saya untuk lebih menjaga diri dan penampilan. Apabila kita bekerja pun rasa selesa, secara tidak langsung ia turut menjadikan kita gembiran dan hidup dengan lebih bahagia,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Shella turut berkongsi pendapat tentang panduannya menaikkan perniagaan yang kini memiliki 100 stokis di Malaysia dan turut melebarkan sayap ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Tidak kiralah apa-apa sahaja yang anda lakukan, pastikan buat dengan ikhlas. Jangan sekadar nak jual sahaja. Kalau nak buat bisnes ini kena fahamkan apa yang orang perlukan, buat produk untuk tolong orang.

“Kalau semata-mata nak jual sahaja, tetapi tak tahu apa yang sebenarnya anda nak buat pun susah juga. Pembeli dan pelanggan secara tak langsung akan susah nak percaya kepada anda. Kita mesti dapatkan kepercayaan mereka dahulu, kemudian barulah bisnes akan berjaya,” ujarnya.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.