Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menjalankan tinjauan ‘Menyokong Perdagangan Inklusif 2024’ yang disertai oleh lebih 3,000 ahli ‘affiliate’, mendedahkan sentimen positif menyeluruh terhadap tahun ini.
Hasil tinjauan ini mengetengahkan trend terhadap memanusiakan kandungan dan meningkatkan pengalaman mengasyikkan dalam strim langsung. Shopee Affiliates memainkan peranan utama dalam membentuk persepsi pengguna.
Tinjauan mendedahkan bahawa lebih dua pertiga ahli ‘affiliate’ teruja untuk mencipta kandungan yang lebih berperibadi dan menekankan keterlibatan tulen dan jujur. Trend ini dapat diperlihat dengan kenaikan sebanyak 420% dalam pesanan yang dipacu ahli ‘affiliate’ tahun lalu, dengan lebih 60,000 ahli ‘affiliate’ baharu menyertai ekosistem Shopee pada 2024 setakat ini.
Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kami ada ahli ‘affiliate’ cemerlang yang telah memacu kenaikan trafik luar biasa lalu meminjam kebolehan mereka ini kepada penjual tempatan dan jenama melalui kandungan berkualiti yang menepati cita rasa rakyat Malaysia.
“Dalam kita melangkah masuk tahun 2024, masanya sudah tiba untuk kita dukung ketulenan dan pemperibadian. Tinjauan kami menyokong trend ini, dengan 75 peratus ahli ‘affiliate’ kami menyatakan keinginan mereka untuk memanusiakan pengalaman e-dagang dan mahu untuk berhubung dengan pelanggan melalui cerita dan pengalaman jujur.”
Tinjauan ini mengetengahkan peralihan terhadap menggunakan Shopee Live, dengan 93 peratus ahli ‘affiliate’ menyatakan keinginan untuk berkembang melalui platform ini. Tambahan lagi, 87 peratus responden yang ditinjau merancang untuk menjalankan lebih banyak strim langsung dan menggunakan ciri interaktif seperti undian untuk mencipta pengalaman penonton yang dinamik sementara 94 peratus menjangkakan keterlibatan lebih ramai pengguna tempatan dalam platform.
-NIAGATIMES