Shopee lancar ShopeeFood di Malaysia

Shopee baru-baru ini telah mengembangkan perkhidmatannya dengan penambahan ShopeeFood di Malaysia, yang boleh diakses menerusi ikon ShopeeFood di halaman utama aplikasi Shopee.

Dengan ini, para pengguna dapat membeli semua keperluan mereka termasuklah penghantaran makanan, melalui Shopee.

Perkhidmatan ini telah dilancarkan secara berperingkat bermula dari lokasi Lembah Klang dengan tawaran akses bagi pelbagai kedai makanan termasuk restoran-restoran popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, serta gerai-gerai makanan tempatan.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang, berkata, ShopeeFood bukan sahaja memanfaatkan pengguna di platformnya, malah juga kepada para peniaga.

“Perkhidmatan baharu ini turut membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pelanggan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang peniaga tersebut.

“Kami berharap para pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati penggunaan ShopeeFood. Kami akan terus menaik taraf platform dan perkhidmatan kami agar dapat memenuhi keperluan semua orang dengan lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada pelancarannya, ShopeeFood memberikan baucar Penghantaran Percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai hingga RM8 kepada pengguna-pengguna baharu.

Lebih banyak promosi ShopeeFood akan diumumkan melalui laman Instagram @shopeefood_my.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood, layari https://shopee.com.my/m/shopeefood.

-NIAGATIMES

ShopeeFood.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.