Shopee-MDEC sumbang RM109 juta sokong bisnes tempatan di jualan De Dagang

Shopee dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyumbang sejumlah RM109 juta untuk menyokong para penjual tempatan melalui Jualan Murah Keluarga Malaysia @De Dagang (JMKM@De Dagang) antara sekarang hingga bulan Disember 2022.

Melalui program ini, Shopee dan MDEC akan memadankan sumbangan masing-masing yang berjumlah hingga RM54.5 juta dari setiap pihak bagi memberikan subsidi jualan dan subsidi penjual kepada penjual tempatan.

Subsidi ini akan membolehkan kira-kira 100,000 peniaga tempatan memacu jualan dalam talian, terutamanya mereka yang terlibat khususnya dalam bidang eksport, pelancongan dan produk kraf. Ia juga bertujuan meningkatkan kepercayaan rakyat Malaysia untuk membeli daripada perniagaan tempatan, serta memastikan penjual kekal berdaya maju dan berdaya saing.

Bagi pembelian produk-produk tempatan ini, rakyat Malaysia bakal menikmati penjimatan hingga 20 peratus atau hingga RM500 pada setiap transaksi melalui diskaun, pulangan tunai dan baucar penghantaran.

Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia, Huiyan Pan berkongsi bahawa JMKM@De Dagang akan membantu peniaga tempatan menurunkan kos operasi, memanfaatkan peluang baharu dalam talian, serta mengukuhkan kebolehsuaian dan daya tahan perniagaan tempatan.

โ€œBersama dengan MDEC, kami dapat memacu sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global memandangkan sumbangan tambahan ini akan menghubungkan penjual tempatan kepada lebih ramai pelanggan yang mengutamakan aspek digital.

โ€œKami akan terus meningkatkan usaha kami dalam mempromosikan produk keluaran tempatan demi memberi impak yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, pihaknya akan terus memangkin pertumbuhan e-dagang di Malaysia melalui kerjasama rapat dengan rakan kongsi ekosistem digital.

โ€œMelalui program ini, kami berharap dapat membantu perniagaan tempatan dan komuniti yang tidak berapa stabil dari segi ekonomi untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka tanpa mengira lokasi.

โ€œIni juga akan membantu mengekalkan pendapatan ramai dan meminimumkan kehilangan pekerjaan,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

sale-De-Dagang.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.