Shopee tawar imbuhan eDuit RM100 kepada pengguna baharu

Shopee kini memberikan RM100 kepada pengguna baharu platformnya dan dompet mudah alih ShopeePay melalui sebuah inisiatif yang dikenali sebagai eDuit.

Shopee berkata, dorongan ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital, memperluas usaha digitalisasi negara dan membantu rakyat Malaysia mengharungi pendemik ini menerusi eDuit.

“Inisiatif ini adalah khas untuk mereka yang tidak pernah melakukan sebarang pembelian di Shopee sebelum ini.

“Para pengguna mempunyai hingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay mereka dan hingga 14 hari untuk menggunakan baucar-baucar luar talian mereka, setelah mereka menerima manfaat-manfaat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penerima eDuit yang layak akan menerima manfaat-manfaat yang berikut:

(1) Kredit ShopeePay bernilai RM25 setelah berjaya mengaktifkan akaun premium ShopeePay mereka

(2) Baucar Alu-aluan atau Welcome Voucher sebanyak RM15 yang boleh digunakan untuk pembelian pertama mereka di Shopee

(3) Baucar ShopeePay bernilai RM60 yang akan memberi ganjaran dan pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna untuk pembelian di kedai-kedai luar talian yang mengambil bahagian

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, kempen khas eDuit ini bagi membantu meringankan beban para pengguna serta memberi mereka akses kepada barang keperluan harian dengan harga berpatutan dalam masa yang mencabar ini.

“Usaha ini juga sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang, serta transaksi tanpa sentuh.

“Dengan manfaat eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas talian dan luar talian kami bakal mendapat manfaat daripada aktiviti penjualan.

“Pembelanjaan oleh pengguna dalam jangka pendek ini juga akan memberi sumbangan positif kepada ekonomi domestik,” ujarnya.

-NIAGATIMES

BM-Shopee-eDuit-Visual.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.