ShopeePay salur ‘push cart’ sokong pemulihan perniagaan usahawan B40

ShopeePay mengumumkan penajaan ‘push cart’ dan cagaran-cagaran relevan kepada peniaga mikro daripada kumpulan pendapatan B40 sebagai sebahagian daripada inisiatif #ShopeeGivesBack.

ShopeePay Malaysia berkata, inisiatif ini bertujuan membantu peniaga-peniaga terlibat memulakan semula perniagaan mereka serta sebagai batu loncatan untuk pemulihan.

“’Push cart’ tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu pada 30 Oktober lalu.

“Sebanyak lapan ‘push cart’ adalah sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, manakala 12 buah ‘push cart’ akan disumbangkan kepada peniaga-peniaga terpilih oleh kerajaan negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee ketika mengulas lanjut mengenai inisiatif ini berkata, pihaknya komited untuk menyokong dan mendigitalkan perniagaan, serta menghubungkan peniaga dengan pelanggan baharu sambil memperkasakan mereka untuk terus berkembang dan berjaya di platform Shopee.

“Beberapa inisiatif kami sebelum ini termasuk penerimaan ShopeePay untuk peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

“Dengan bantuan kerajaan-kerajaan negeri dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan, kami berharap dapat memberi galakan kepada lebih ramai peniaga mikro bukan sahaja dalam pendigitalan, malah juga untuk menyediakan mereka dengan kemudahan, sokongan pemasaran dan pendedahan melalui kempen seperti 11.11 Jualan Hebat kami yang sedang berlangsung, untuk menyemarakkan semula perniagaan mereka,” ujarnya.

-NIAGATIMES

ShopeePay-boosts-business-recovery-for-B40-traders-via-push-carts-contribution.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.