Skim OPIMIS galak penggunaan mekanisasi sawit

Skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) yang diperkenalkan kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, terdapat penerima Skim OPIMIS yang menunjukkan peningkatan produktiviti kerja sehingga 40 peratus.

Menurutnya, Skim OPIMIS yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat industri terutama pengusaha ladang dan pekebun kecil.

โ€œJelas terbukti, penggunaan mekanisasi merupakan penyelesaian yang berkesan terutama pada situasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini.

โ€œOleh itu, penggunaan mekanisasi dalam perladangan sawit dapat mengurangkan sedikit sebanyak kebergantungan kepada tenaga kerja asing,โ€ kata beliau pada Webinar Skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) anjuran MPOB hari ini.

โ€œPeruntukan yang disediakan melalui Skim OPIMIS telah memberi manfaat kepada hampir 650 penerima dengan jumlah pembelian mesin hampir 1,400 unit merangkumi pelbagai jenis jentera dan alatan ladang,โ€ ujarnya.

Tambah Parveez, berdasarkan sambutan penggiat industri, permintaan dan penggunaan mesin adalah menjadi satu alternatif dalam sektor perladangan.

MPOB dan pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) terus berusaha untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada tenaga kerja dengan pendekatan yang lebih drastik.

Ini termasuk penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) bagi menyokong aktiviti penyelidikan dalam bidang mekanisasi perladangan sawit.

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-MPOB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.