Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mempertimbangkan mana-mana permohonan daripada badan serta ahli koperasi di negara ini yang berhasrat menangguhkan pembayaran balik pembiayaan ekoran terjejas dengan kerugian akibat penularan wabak Coronavirus (Covid-19) di Malaysia ketika ini.
Menurut satu kenyataan SKM semalam, inisiatif tersebut turut akan melibatkan penjadualan semula ke atas pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi atau apa-apa pembiayaan yang dikeluarkan olehnya bagi membantu memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas.
Pada masa yang sama, SKM turut menggalakkan penangguhan pembayaran balik bagi koperasi yang mengeluarkan pembiayaan peribadi, pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan mikro kredit kepada anggotanya.
โIni terutamanya kepada mereka (ahli koperasi) yang berdepan dengan masalah kewangan seperti tindakan pemberhentian pekerjaan oleh majikan, cuti tanpa gaji dan perniagaan yang terjejas,โ jelas kenyataan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke Pusat Panggilan SKM melalui aplikasi WhatsApp Hotline di talian 019-2445339 atau emel webmaster@skm.gov.my untuk maklumat lanjut.