Skymind, Huawei Cloud jalin kerjasama perkasa ekosistem AI di Asia Tenggara

0
12

Skymind AI Berhad, cabang Skymind Asia Tenggara dan syarikat ICT terkemuka global Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan Hab Inovasi Awan dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi memupuk inovasi dan pembangunan bakat di ASEAN, yang bakal bermula dengan Malaysia dan Indonesia.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Skymind AI Limited, Shawn Tan dan Naib Presiden Huawei Cloud Wilayah Pasifik Selatan, Lim Chee Siong. Perjanjian berkenaan bakal menyaksikan satu kolaborasi antara kedua-dua syarikat bagi membangunkan ekosistem AI yang mantap termasuk pembangunan infrastruktur dan bakat di wilayah berkenaan, selain meningkatkan pembangunan ekonomi digital tempatan.

Skymind dan Huawei Cloud akan turut membangunkan program-program latihan AI bagi menggalakkan kumpulan bakat tempatan dengan meningkatkan keupayaan ICT.

Mengulas tentang perkongsian berkenaan, Shawn berkata, “Kami teruja untuk menjalin perkongsian rintis bersama Skymind dan Huawei ini. Gabungan kepakaran dan keupayaan teknikal kedua-dua syarikat akan menyediakan asas kukuh bagi meletakkan kedudukan Asia Tenggara sebagai hab inovasi AI.

“Ini juga merupakan detik yang mengujakan buat Skymind tatkala kami meneruskan rancangan peluasan antarabangsa kami. Kami sedang membangunkan tapak yang kukuh di wilayah berkenaan dan perjanjian ini merupakan langkah yang penting buat kami tatkala kami terus mengukuhkan kedudukan kami di Asia.”

-PR NEWSWIRE

Skymind-Huawei-kolaborasi.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.