SME Bank bakal pelbagaikan khidmat platform digital kepada usahawan

0
9

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, memulakan program transformasi digital yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan melepasi pembiayaan, kepada kemudahan dan penyelesaian baharu untuk PKS dan ekosistemnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Aria Putera Ismail berkata, menerusi Program Pencepat dua Tahun 2019-2020 yang bermula akhir tahun lepas, bank itu telah membentuk satu set arahan dan inisiatif baharu untuk meningkatkan perkhidmatannya, termasuk Platform Digital PKS Kebangsaan, selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk memperkasa penggunaan teknologi inovatif.

“Menerusi Pelan Digital SME Kebangsaan, empat komponen diperkenal oleh bank dalam masa terdekat dengan PKS bukan sahaja mempunyai lebih banyak akses kepada pembiayaan, dan pihak yang boleh membangunkannya, malah turut membantu mereka serta usahawan mikro untuk bergerak ke peringkat seterusnya dan berkembang menjadi pemain besar suatu hari nanti.

“Kami juga ingin memastikan bahawa di bawah hala tuju baharu ini, setiap ringgit yang kami belanjakan, akan mewujudkan impak sekunder untuk memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini sejajar dengan DKN 2030,” katanya kepada Bernama.

Aria berkata dua daripada komponen – ‘insightXcess’ dan ‘scoreXcess’ – akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini. Dua komponen lain ialah i ‘payXcess’ dan ‘bizXcess’ 2020. – BERNAMA

Aria-Putera-SME-Bank.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.