Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) berhasrat untuk meneruskan program usahawan belia melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan kolej pada tahun-tahun akan datang secara dwitahunan berikutan sambutan menggalakkan di samping kejayaan program tersebut menjana jualan lebih RM500,000 sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, antara program yang diadakan pihaknya bagi mengetengahkan bakat-bakat muda termasuklah pertandingan โY-Biz Challengeโ melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah serta โ90-days Business Challengeโ membabitkan pelajar-pelajar kolej komuniti dan politeknik.
โProgram ini lahir dari mandat yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada kami iaitu untuk membimbing dan memupuk lebih ramai usahawan dalam negara terutamanya di kalangan golongan belia.
โSME Bank telah membuka laluan buat para pelajar ini dengan memberikan mereka peluang untuk menguruskan perniagaan dan diharap ada agensi-agensi lain di luar sana yang dapat mengenalpasti produk yang benar-benar mempunyai potensi dan memadankan mereka dengan pelabur-pelabur syarikat pemula,โ katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pemenang SME Bank Y-Biz Challenge 2018 di Hotel Premiera Kuala Lumpur, semalam.