SME Bank: OPR kekal, bolehkan PKS nilai kesihatan kewangan

Institusi kewangan pembangunan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Bank menyambut baik keputusan Bank Negara (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk membolehkan pelarasan kumulatif OPR yang lalu dinilai kesannya terhadap ekonomi.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wira Aria Putera Ismail mengulas, keputusan tersebut membantu usahawan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menilai kesihatan kewangan mereka dan membina rizab tunai, terutamanya dalam persediaan menghadapi potensi kelembapan ekonomi tahun ini, yang timbul terutamanya daripada aspek luar.

โ€œSehubungan ini, SME Bank komited untuk mendukung mandatnya dalam memberi perkhidmatan kepada PKS bagi memenuhi keperluan kewangan mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Aria, potensi pemansuhan subsidi bahan api menyeluruh dilihat sebagai risiko peningkatan utama untuk tekanan inflasi, bergantung pada garis masa pelaksanaan dan mekanisme pelancarannya.

โ€œOleh itu, adalah penting bagi PKS untuk proaktif dalam merancang belanjawan, dan tangkas menghadapi perubahan keadaan pasaran untuk memastikan aliran tunai yang kukuh semasa persekitaran kadar yang lebih tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi SME Bank, Lynette Lee berkata, BNM dijangka menghentikan sementara OPR pada 2.75 peratus dengan menjangkakan bahawa inflasi utama dan inflasi teras akan terus berkurangan pada 2023.

โ€œPada masa ini, inflasi teras berada pada 4.1 peratus pada Disember 2022 manakala inflasi utama telah menurun kepada 3.8 peratus daripada paras tertinggi 4.7 peratus pada bulan Ogos.

โ€œKesan mendadak daripada pembukaan semula sempadan China, perkembangan harga komoditi global dan perubahan dalam dasar subsidi domestik mungkin memberi tekanan kepada inflasi. Oleh itu, sebarang kenaikan OPR pada masa hadapan akan dipacu oleh data,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

SME-Bank.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.