SME Bank perkenal dua produk terbaharu

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) baru-baru ini telah melancarkan dua produk terbaharu iaitu MySMELady dan MySMExport. MySMELady yang dirangka khusus untuk usahawan PKS wanita diperkenalkan bagi membina komuniti yang menyokong pemerkasaan wanita melalui program-program pembangunan usahawan.

Usahawan wanita yang layak boleh mendapat pembiayaan sehingga RM1 juta dengan cagaran yang minimum melalui MySMELady. Pemohon yang berjaya akan diberi pilihan untuk membuat pengeluaran wang sehingga 30% daripada jumlah pembiayaan modal kerja melalui Kad Debit Bank Islam yang dikhususkan untuk mereka.

Selain daripada itu, pelanggan MySMELady secara automatik akan menjadi ahli eksklusif MySMELady Biz Club dan mereka dapat menikmati beberapa kemudahan eksklusif antaranya program pembangunan usahawan seperti bimbingan keusahawanan, forum perbincangan berkenaan isu-isu keusahawanan seperti peluang perniagaan, pemasaran, komunikasi berkesan dan sebagainya.

MySMExport pula disasar dapat membantu para usahawan yang mahu meluaskan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa serta usahawan yang telahpun menembusi pasaran antarabangsa dan ingin mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran global. Usahawan PKS yang permohonannya berjaya boleh mendapat pembiayaan sehingga RM5 jita dan tiada cagaran dikenakan bagi pembiayaan untuk modal kerja.

Selain itu, usahawan yang menerima pembiayaan SMExport akan mendapat akses kepada program-program sokongan perdagangan yang dikelolakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) serta berpeluang menikmati kemudahan perdagangan dengan Bank Muamalat.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.