SME Bank semak semula BFR seiring pelarasan OPR

Seiring semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, SME Bank menyemak semula Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas menjadi 6.45 peratus berkuat kuasa 1 Jun 2022.

Presiden Kumpulan dab Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, kali terakhir pihak Bank menyemak semula BFR adalah pada 17 Julai 2020 dengan kadar 6.20 peratus.

โ€œTempoh pembiayaan pelanggan kekal tidak berubah manakala jumlah ansuran akan disemak sewajarnya,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Aria, sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terus kukuh apabila negara mencatatkan pertumbuhan ketara dalam pengeluaran pembiayaan modal kerja sebanyak 21.2 peratus pada Suku Pertama (S1) 2022.

โ€œDi SME Bank, kami mengambil pendekatan proaktif untuk mengurangkan kesan semakan OPR terhadap PKS. Pelbagai kemudahan pembiayaan khusus sedia ada serta program pembiayaan yang diumumkan semasa Belanjawan 2022 seperti Dana Usahawan Muda 2.0 sebanyak RM100 juta, Dana Promosi IBS 2.0 sebanyak RM200 juta dan Dana Permodalan Semula PKS sebanyak RM200 juta disediakan kepada PKS,โ€ ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan SME Bank, Nurbayu Kasim Chang berkata, syer pasaran SME Bank dalam kalangan Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang menyokong PKS adalah ketara iaitu sebanyak 43.2 peratus.

โ€œIni menunjukkan pendekatan yang diambil oleh SME Bank dalam menyediakan kemudahan kewangan dan sokongan bukan kewangan kepada PKS adalah berkesan dan memenuhi keperluan usahawan,โ€ katanya.

-NIAGATIMES

Aria-Putera.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.