SME Bank telah menandatangani persetujuan dengan SME Corp. Malaysia (SME Corp) bagi menawarkan pembiayaan modal kerja tetap di bawah kemudahan Modal Kerja@BAP untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 melalui peruntukan dana berjumlah RM50 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, Modal Kerja@BAP merupakan satu usaha sama dua buah agensi di bawah seliaan MEDAC yang berjaya menyepadukan bantuan menyeluruh khusus untuk membawa perniagaan PKS ke aras lebih tinggi.
โSejak diperkenalkan pada 2011, kerajaan melalui SME Corp., telah menyediakan dana pusingan sebanyak RM151.5 juta bagi Program BAP dan SME Bank bertindak sebagai agensi yang mengurus dan mengagihkan dana ini,โ katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.
Tambah Noh, kerajaan yakin tahun 2022 akan menjadi tahun untuk sektor PKS terus bangkit dan meningkatkan trajektori pertumbuhan.
โIni disokong dengan Bajet 2022 yang memperuntukkan sebanyak RM14.2 bilion untuk sektor PKS serta Pelan Pemulihan Nasional (PPN) yang memberi fokus terhadap pemacuan pemulihan ekonomi, memastikan kelestarian dan kemapanan serta pada masa yang sama mendorong peningkatan teknologi dan inovasi,โ ujarnya.
Program BAP dibuka kepada semua usahawan PKS yang memenuhi syarat-syarat iaitu mempunyai sijil status pendaftaran PKS, memenuhi definisi PKS, telah melalui atau bersedia untuk melalui penilaian SCORE dan MCORE oleh SME Corp.
Bagi maklumat penuh berkenaan Kemudahan Modal Kerja@BAP, sila layari laman web www.smebank.com.my atau www.smecorp.com.gov.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di 03- 26037700.
-NIAGATIMES