SME Bank, sebuah agensi yang diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta diberi mandat untuk membimbing dan membangunkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pelan pemulihan yang diumumkan itu memberi gambaran jelas akan perancangan negara untuk bergerak keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 seiring usaha membangunkan semula ekonomi.
โSemua pihak perlu bekerjasama memastikan Pelan Pemulihan Negara ini berjaya mencapai matlamatnya.
โSME Bank akan menggunakan butiran yang diberikan oleh kerajaan untuk memantapkan lagi perancangan yang sedia ada untuk membantu usahawan PKS yang telah lama terjejas kerana pandemik Covid-19.
โSejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga sekarang, SME Bank telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada semua pelanggannya,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Secara keseluruhannya, sektor perbankan negara terus komited untuk membantu usahawan mengekal dan mengembangkan perniagaan masing-masing di waktu sukar ini.
Ini adalah kerana kelangsungan perniagaan mereka akan mempengaruhi prestasi industri perbankan negara.
Setiap permohonan untuk bantuan kewangan ataupun pembangunan perniagaan akan diberi pertimbangan yang terbaik mengikut garis panduan dan polisi yang sedia ada.
Kepada masyarakat secara umumnya, bantuan berkenaan pengurusan kewangan boleh diperoleh secara profesional dan percuma melalui perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.
Untuk pelanggan SME Bank dan usahawan-usahawan PKS, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-26037700 atau layari laman web rasmi www.smebank.com.my serta platform media sosial rasmi bank untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana SME Bank dapat membantu anda.
-NIAGATIMES