SME Bank tanggung bayaran sewa premis usahawan PKS

Seramai 230 penyewa Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang terdiri daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini tidak perlu membayar sewa bagi tempoh moratorium April hingga September 2020 apabila SME Bank mengambil langkah untuk menanggung bayaran sewa bagi tempoh tersebut.

SME Bank yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata, penyewa yang terlibat juga akan diberi pengurangan bayaran sewa sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan berikutnya bermula Oktober 2020 hingga Mac 2021.

โ€œLangkah-langkah SME Bank ini adalah seiring dengan pengumuman 29 inisiatif jangka pendek dan sederhana yang diambil oleh MEDAC dalam membantu lebih 20,000 orang usahawan PKS kembali meningkatkan semula prestasi perniagaan mereka yang terjejas akibat Covid-19,โ€ katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, inisiatif berkenaan akan dijalankan secara automatik dan penyewa tidak perlu membuat sebarang permohonan.

โ€œUntuk penyewa yang terus membayar semasa tempoh moratorium ini, bayaran mereka akan dibawa ke hadapan.

โ€œKompleks Premis Usahawan SME Bank merupakan salah satu kemudahan menjangkaui pembiayaan yang disediakan oleh pihak bank khusus untuk usahawan PKS tempatan.

โ€œKompleks yang terletak di 26 lokasi strategik seluruh negara ini menawarkan 454 buah lot kilang. Lot-lot kilang ini disewakan pada kadar yang berpatutan dan kompetitif,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.