SME Bank tawar moratorium pelanggan terjejas 2019-nCoV

0
27

Sebagai respons terhadap penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV), pelanggan SME Bank yang terjejas diminta untuk berhubung dengan pegawai SME Bank bagi memohon penangguhan sementara komitmen pembiayaan mereka dengan pihak bank.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pihaknya bagi membantu mengurangkan beban kewangan dan memastikan operasi perniagaan pelanggan yang terjejas akibat penularan 2019-nCoV dapat berjalan seperti biasa.

“Kami sedar terdapat ramai usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan terutamanya dalam industri pelancongan, pembuatan dan perkhidmatan yang bergantung kepada jualan dan bekalan dari China dan penutupan bandar yang dilakukan oleh kerajaan China telah antara lain menyebabkan penurunan ketara jumlah pelancong.

“Langkah ini telah memberi kesan sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada operasi perniagaan usahawan-usahawan tempatan. Dengan adanya penangguhan sementara ini, pelanggan kami yang terkesan akan dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik dan seterusnya memastikan kelangsungan perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Usahawan PKS yang merupakan pelanggan SME Bank yang terjejas dengan 2019-nCoV boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di talian 03-2603 7700 atau kunjungi mana-mana cawangan bank mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Aria-Putera-Ismail-Kredit-foto-SME-Bank.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.