SME Bank XCESS 2023

Small Medium Enterprise Development Bank (SME Bank) telah mengumumkan bahawa program padanan perniagaan tahunan yang dinanti-nantikan, SME Bank XCESS 2023, akan kembali tahun ini dan menampilkan pengalaman hibrid dengan penyertaan daripada rakan kongsi tempatan dan antarabangsa.

Dijadualkan pada 21-22 September 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur, program yang akan mengubah hala tuju perniagaan ini bertujuan untuk memperkasa dan memartabatkan perniagaan PKS melalui kerjasama strategik, sesi jaringan, pembelajaran dan peluang pengembangan perniagaan ke peringkat global.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira Aria Putera Ismail berkata, SME Bank XCESS 2023 bersedia membuka laluan kepada PKS melalui platform pemadanan perniagaan yang akan mengatasi sempadan fizikal dengan menggabungkan kedua-dua penyertaan secara berhadapan dan maya.

“Platform dinamik ini akan menjadi batu loncatan bagi PKS untuk mendapatkan pandangan yang tidak ternilai daripada pakar industri dan mewujudkan hubungan yang berharga dengan rakan kongsi strategik dan pempamer, memperluaskan akses mereka kepada sumber, kepakaran dan tinjauan pasaran yang boleh meningkatkan trajektori pertumbuhan perniagaan dengan ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

Memartabatkan PKS melalui Kerjasama Hibrid dan Hubungan Maya SME Bank XCESS Edisi tahun 2023 membawa kelainan ketara dalam programnya, melalui pelbagai peluang kerjasama yang dinamik.

Memperluaskan rakan kongsi Rentas Sempadan yang membolehkan penglibatan dan interaksi maya antara PKS dan pasaran global, XCESS 2023 memperkenalkan platform yang membolehkan PKS mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pembeli antarabangsa melalui inisiatif yang baru dilancarkan dikenali sebagai Program XCESS Beyond Borders (XBB).

XBB dijangka membuka jalan kepada peluang perniagaan rentas sempadan baharu untuk PKS tempatan, sekali gus memudahkan pengembangan perniagaan dan kemampanan jangka panjang.

SME Bank XCESS 2023 akan mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif oleh agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti Program Pembangunan Vendor (VDP), menggariskan komitmen kerajaan terhadap pembangunan PKS dan kemajuan.

Pendaftaran SME Bank XCESS 2023 adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program hibrid yang akan mengubah makna program padanan perniagaan. Sahkan penyertaan anda hari ini dengan layari https://smebankxcess2023.com/.

-NIAGATIMES

X23-BM.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.