SME Corp anjur GDCKL 2020 perkasa industri dron tempatan

SME Corp. Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Best Events Productions Sdn. Bhd. telah menganjurkan Persidangan Global Drone dan Hackathon 2020 (GDCKL 2020) sebagai inisiatif kerjasama awam dan swasta bagi memperkasa pembangunan dan pertumbuhan pembekal penyelesaian dron tempatan.

Dalam kenyataan hari ini, SME Corp memaklumkan GDCKL 2020 berupaya menggalakkan ekosistem yang mampan bagi memacu industri dron di Malaysia.

“GDCKL 2020 menghimpunkan lebih dua puluh pakar industri antarabangsa dari bidang-bidang berkaitan untuk berbincang dan meninjau strategi dan langkah ke hadapan yang seterusnya bagi penggunaan dron komersial secara efisien di Malaysia dan Asia.

“Fokus utama persidangan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kelebihan penggunaan teknologi dron terutama dalam sektor pertanian, pembinaan, tenaga dan utiliti, infrastruktur, keselamatan awam dan perkhidmatan kecemasan di mana ia dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menjimatkan kos,” jelas kenyataan tersebut.

GDCKL2020-Kredit-foto-SME-Corp.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.