SME Corp, MIDF bantu PKS terjejas banjir untuk bangkit semula

SME Corp. Malaysia (SME Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang bekerjasama dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) sebagai agensi pelaksana, telah mengagihkan pinjaman di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat bencana alam di seluruh negara.

Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada semua PKS.

Di dalam Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0 yang telah diadakan pada 13 Julai 2022, di Uptown Shah Alam, Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa pelbagai bantuan disediakan oleh KUSKOP serta Agensi kepada usahawan yang ditimpa musibah.

Beliau mengulas bahawa Program SMEEF di bawah SME Corp. Malaysia dan MIDF sebagai Agensi pelaksana adalah khusus bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana, manakala Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) oleh TEKUN Nasional adalah bagi membantu usahawan informal dan mikro.

Beliau menambah bahawa bagi SPIM usahawan informal dan mikro boleh memohon geran bernilai RM3,000.00 bagi setiap usahawan yang tidak perlu dibayar balik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy menyatakan bahawa sehingga 12 Julai 2022, program SMEEF 2.0 ini telah menerima sebanyak 1,131 permohonan dari seluruh negara berjumlah RM109,324,699.00 yang telahpun melebihi peruntukan dana sebanyak RM100 juta.

“Dana kecemasan untuk mangsa banjir syarikat bersaiz kecil dan sederhana diberi pinjaman tanpa faedah, 0 peratus antara RM50,000 sehingga RM100,000 berserta moratorium selama 12 bulan, dapat digunakan untuk membantu PKS bangkit semula serta memulihkan kembali perniagaan Keluarga Usahawan yang terkesan oleh bencana banjir ini secepat mungkin,” jelasnya.

-NIAGATIMES

kredit-foto-SME-Corp.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.