SME Corp. Malaysia (SME Corp) memperkenalkan dua program baharu, Program Business Scale-Up (Biz-Up) dan Program Global SME Masterclass 2020 (GSM 2020) yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, SME Corp memaklumkan bahawa kedua-dua program tersebut adalah kesinambungan usaha Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara.
โBiz-Up merupakan program bantuan bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan PKS melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti pembinaan kapasiti untuk membantu PKS meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan mereka.
โSME Corp juga melaksanakan program latihan intensif bernama GSM 2020 yang bertujuan untuk memantapkan keupayaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemilik peniagaan PKS. Program ini memberi tumpuan untuk menerapkan elemen-elemen IR 4.0 dan Pendigitalan PKS serta amalan perniagaan terkini termasuk melalui pendekatan โsemi consultingโ dan โsemi coachingโ,โ jelas kenyataan tersebut.
Permohonan program Biz-Up dibuka bermula 15 Mac sehingga 30 April depan manakala GSM 2020 pula mensyaratkan CEO perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berstatus PKS yang boleh dilakukan secara atas talian di www.smereg.smecorp.gov.my.