SME Corp sasar lebih banyak pembangunan produk melalui program HIP 6

Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) yang diseliakan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia dipercayai mampu melahirkan lebih banyak produk berkualiti di masa akan datang meskipun perusahaannya lebih menjurus kepada keusahawanan sosial.

Timbalan Ketua Eksekutif (I) SME Corp, Rizal Nainy berkata, penyaluran dana yang disumbangkan SME Corp telah melibatkan pelbagai projek HIP 6 bagi mencapai sasaran jangka panjang badan itu supaya lebih berdaya kreatif, inovatif dan produktif.

“Kejayaan program HIP 6 juga sebenarnya banyak dibantu matlamatnya yang mengangkat inovasi inklusif dalam merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat di mana golongan sasaran kami ialah mereka yang terpinggir terutamanya yang berpendapatan rendah,” katanya ketika ketika berucap pada majlis pelancaran produk kaca mata jenama MATA di SME Corp Platinum Sentral, semalam.

MATA diasaskan oleh Muhamad Faizal Lockman Hakim bertujuan menggalakkan khidmat komuniti melalui program bantuan di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk membantu penduduk luar bandar yang buta dan miskin di mana 20 peratus daripada setiap pembelian akan disalurkan kepada persatuan tersebut.

produk MATA.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.