SME Corp sasar pendigitalisasi PKS secara total menjelang 2024

0
0

SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara meneruskan usaha mengguna pakai pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka dalam masa lima tahun berbanding 32 peratus pendigitalan ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Noor Azmi Mat Said berkata ketika ini SME Corp sedang mempergiatkan usaha dengan mengumpul beberapa pembekal perkhidmatan bagi membantu PKS menerima pakai pendigitalan di dalam operasi mereka.

“Kami sudah bertemu dalam 10 pembekal perkhidmatan yang boleh membantu pendigitalan PKS. Dalam era digital ini, kami mahu PKS mula menggunakan teknologi digital, sekurang-kurangnya gunakan sistem berasaskan awan ataupun sistem tempat jualan (POS), membolehkan mereka menyimpan data pembeli-pembeli di dalam sistem dan melakukan analisis,” katanya pada taklimat media mengenai Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Platinum Sentral Kuala Lumpur, kelmarin.

Noor Azmi berkata setakat ini terdapat 907,065 PKS yang merangkumi 98.5 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan dalam negara. – BERNAMA

Azmi-Mat-Said-Kredit-foto-SME-Corp.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.