SME Corp seru usahawan PKS segera manfaatkan dunia digital

Sebuah tinjauan bersama yang dilaksanakan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd. (Huawei) mendapati kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih tidak memanfaatkan kelebihan teknologi digital di dalam perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said berkata, sejumlah 54 peratus penggiat PKS sahaja yang memanfaatkan penggunaan teknologi pintar seperti analitik data, 44 peratus pada awan dan 35 peratus bagi Internet untuk Segalanya (IoT).

โ€œKajian terhadap 2,033 PKS merangkumi pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembinaan dan pertanian menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka mempunyai pemahaman yang tidak tepat dengan beranggapan pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah mahal.

โ€œBahkan, hanya 44 peratus daripada mereka menggunakan e-dagang selain 33 peratus tidak merancang menggunakannya manakala baki 23 peratus merancang untuk memanfaatkannya,โ€ katanya pada majlis pembentangan Digitalisasi Kertas Putih PKS di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM7.12 bilion di dalam Belanjawan 2019 bagi pelbagai inisiatif untuk menyokong Industri 4.0 dan pendigitalan diharap mampu menggalakkan para usahawan PKS untuk memulakan perjalanan digital mereka.

SME Digitalisation Whitepaper.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.