SMEColony Affinbank lakar rekod, terus bantu perniagaan PKS

SMEColony, sebuah aplikasi khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikelolakan oleh Affin Bank Berhad (Affinbank) melakar rekod di dalam The Malaysia Book of Records setelah dinamakan sebagai pemenang Aplikasi Mudah Alih Pembangunan Komuniti PKS.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affinbank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keberkesanan SMEColony sebagai platform digital yang berupaya membantu operasi perniagaan PKS untuk meraih pelbagai manfaat melibatkan pelanggan-pelanggan mereka dengan jangkauan penyelesaian yang lebih luas.

โ€œSMEColony ialah aplikasi mudah alih pertama yang dibangunkan untuk pembangunan komuniti PKS di Malaysia. Ia menghubungkan usahawan PKS, rakan niaga dan Affinbank serta mewujudkan sinergi perniagaan dalam kalangan usahawan PKS dalam ekosistem digital.

โ€œUsahawan PKS ini dapat menikmati manfaat dengan aplikasi mudah alih berkenaan menerusi sumber informasi, penyelesaian berasaskan pasaran serta memberi peluang jaringan di antara kira-kira 50 rakan strategik untuk membolehkan PKS mencari penyelesaian yang tepat bagi keperluan perniagaan mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Pengiktirafan tersebut merupakan penghargaan ketiga yang diterima SMEColony selepas dinobatkan sebagai pemenang Inisiatif Perbankan PKS Terbaik untuk Start-up (Malaysia) di Anugerah International Finance pada September 2019 dan pemenang kategori teknologi mudah alih dalam industri perbankan Malaysia Technology Excellence Awards pada Disember 2019.

SMEColonyApp.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.