Smiths Medical mengumumkan bahawa ia telah menyertai beberapa pengeluar ventilator lain di dunia di dalam Perikatan Latihan Ventilator (VTA) untuk menyokong penyedia perubatan barisan hadapan dengan akses kepada sebuah repositori berpusat bagi latihan ventilator.
Kandungan itu boleh didapati di sebuah aplikasi mudah alih yang dikendalikan oleh Allego.
Naib Presiden Kecemerlangan Produk, Komersial Global, dan Strategi di Smiths Medical, Jeffrey Hohn berkata, pihaknya berbangga menjadi sebahagian daripada VTA dengan menyediakan latihan untuk ventilator mereka melalui aplikasi tersebut.
โMeningkatkan penjagaan kesihatan di seluruh dunia adalah asas bagi misi kami.
โSelama tempoh kritikal ini, kami memahami bahawa profesional penjagaan kesihatan memerlukan maklumat ventilator dengan cepat dan aplikasi itu membolehkan penjagaan yang betul disampaikan kepada pesakit mereka dengan pantas,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Aplikasi VTA itu menghubungkan ahli terapi pernafasan, jururawat dan profesional perubatan yang lain dengan sumber latihan ventilator dari syarikat-syarikat anggota perikatan.
Termasuk di dalam aplikasi itu adalah video pengajaran, manual dan panduan penyelesaian masalah yang penting untuk merawat pesakit yang menghadapi gangguan pernafasan yang berkaitan dengan Covid-19.
Kandungan pada aplikasi VTA itu dapat diakses pada peranti iOS dan Android, persekitaran dengan akses Wi-Fi yang sedikit, tiada langsung atau daripada sebuah pelayar web.
Aplikasi itu menyediakan kepada profesional penjagaan kesihatan dengan penyarikataan tertutup pelbagai bahasa dan audio latar belakang mudah alih ketika melakukan berbilang tugas.