Spotify mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan pada separuh pertama tahun 2021 yang kelak bakal memberikan akses kepada pendengar Korea terhadap lebih dari 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai audio video.
Pelancaran itu akan membolehkan artis-artis Korea untuk menjangkau kepada peminat muzik tempatan mereka, di samping 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Ia akan juga menghubungkan pendengar di Korea dengan artis dan muzik dari seluruh pelusuk dunia.
Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify, Alex Norstrom berkata, pihaknya sangat teruja dengan pelancaran akan datang di Korea Selatan yang dikenali sebagai sebuah pasaran yang diiktiraf sebagai sebuah pusat bagi inovasi muzik, budaya dan teknologi.
“Spotify telah menjadi sebuah rakan kepada industri muzik Korea selama bertahun-tahun sekarang. Kami amat berbangga untuk menjadi bahagian daripada kisah global K-pop itu, dengan memaparkan genre pada platform kami dan membolehkan penemuannya di seluruh dunia, dari Asia sehingga ke Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Timur Tengah.
“Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan rakan-rakan tempatan kami yang bernilai bagi mencungkil lebih ramai artis Korea, dan untuk menghubungkan mereka dengan peminat di Korea Selatan dan di seluruh dunia,” katanya.
Sebagai satu daripada pasaran muzik utama yang paling pesat berkembang di dunia dan pasaran muzik keenam terbesar di dunia, Korea Selatan adalah kunci bagi Spotify di dalam misi mereka untuk memberikan satu juta artis kreatif dengan peluang untuk bergantung hidup kepada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripadanya.
Spotify mahu membantu mempercepatkan pertumbuhan keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, memberi manfaat kepada artis, label, pengedar dan peminat.
-NIAGATIMES