SPOTV berbangga untuk mengumumkan bahawa bermula 2 hingga 12 Februari 2023 ini, saluran ini akan menyiarkan perlawanan-perlawanan untuk kejohanan FIFA Club World Cup 2022.
Peminat bola sepak akan disajikan dengan aksi hebat dari kelab-kelab bola sepak terbaik dari seluruh dunia dengan juara Afrika, Americas, Asia, Oceania dan Eropah bertembung dalam kejohanan tahunan di Maghribi tahun ini.
Kesemua tujuh perlawanan kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran SPOTV 2, begitu juga di aplikasi striming, SPOTV NOW, yang akan memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan kelab dan pemain bola sepak kegemaran mereka dari Real Madrid FC (Sepanyol – UEFA), Al Ahly SC (Mesir – CAF), Auckland City FC (New Zealand – OFC), Wydad AC (Maghribi – CAF dan penganjur), Seattle Sounders FC (USA – CONCACAF) serta Al Hilal (Arab Saudi – AFC).
SPOTV NOW boleh didapatkan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura di Google Play Store dan App Store.
Saluran SPOTV boleh ditonton di Malaysia di Astro dan Unifi TV.
-NIAGATIMES