Spritzer EcoPark ketengahkan pameran hiasan warna-warni dan promosi istimewa sempena Hari Raya

Spritzer mengalu-alukan kedatangan Hari Raya tahun ini di Spritzer EcoPark, Taiping dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan, seiring dengan memperingati Ulang Tahun ke-150 bandar bersejarah tersebut.

Orang ramai dipelawa untuk melawat Spritzer EcoPark dan menikmati keindahan alam, udara segar, serta pelbagai tarikan dan aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga dapat menikmati pameran lampu yang memukau, menggambarkan kekayaan warisan budaya Malaysia seperti permata yang bersinar pada waktu malam.

Sambutan Raya Berwarna-warni Spritzer turut menampilkan perhiasan kreatif Hari Raya yang menonjolkan motif wau bulan dan bunga raya sebagai simbol keharmonian. Kali pertama pihak Spritzer menggunakan tema โ€˜Colourful Rayaโ€™, yang menghidupkan semangat perayaan dengan sentuhan nostalgia zaman dahulu, bermula dari sekarang hingga 1 Mei 2024.

Pameran Spritzer untuk Raya 2024 menyatukan keindahan kehidupan di bandar kecil dengan kegemilangan perhiasan Raya untuk penduduk tempatan dan pelancong; semua ini ditemani oleh lampu-lampu yang mempesona dalam suasana semula jadi.

Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata, Spritzer EcoPark sangat bersemangat untuk menyambut pencapaian istimewa ini, yang melibatkan sambutan berganda Hari Raya dan ulang tahun ke-150 Taiping bersama-sama semua pengunjung.

โ€œKami berharap agar pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk tempatan dan pelancong, dapat berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati keindahan semula jadi dan suasana percutian, serta mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan,โ€ katanya.

Sempena sambutan Hari Raya, Spritzer EcoPark menawarkan promosi istimewa di kedai cenderahati dan kedai air. Di taman ekologi ini, pengunjung juga boleh meneroka dan menyusuri denai secara santai, meninjau keunikan Batu Kaktus berusia 214 juta tahun dan menikmati permainan Mini Golf 18 lubang.

Di samping itu, pengunjung boleh menyertai bengkel kraf tangan DIY atau berehat di kafe STG sambil beramah-mesra dengan sanak-saudara atau kawan-kawan sambil menikmati suasana persekitaran.

Spritzer Ecopark dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam.

-NIAGATIMES

Spritzer-EcoPark1.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.