SSM bakal kuatkuasa Garis Panduan Kerangka Pelaporan Pemunya Benefisial

0
13

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Garis Panduan Kerangka Pelaporan Pemunya Benefisial yang berfungsi sebagai panduan kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad dan perniagaan dengan pelaksanaan selewat-lewatnya pada Mac tahun hadapan.

Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Perundangan SSM, Norhaiza Jemon berkata, tiada alasan bagi mana-mana syarikat yang enggan mematuhi garis panduan tersebut kerana drafnya telahpun dikeluarkan sejak 8 November lepas.

“Sebaik sahaja mula dikuatkuasakan pada tahun hadapan, syarikat mempunyai tempoh selama enam bulan untuk mengemas kini maklumat yang diperlukan SSM.

Sekiranya didapati gagal, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun buat masa ini, kita ambil pendekatan dengan beri panduan dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum ‘Unmasking The Corrupt Through Beneficial Ownership Transparency’ di Hotel Sheraton Imperial, semalam.

Tambah Norhaiza, syarikat yang didapati bersalah tidak mengemukakan maklumat pemunya benefisial dalam Penyata Tahunan akan berdepan tindakan mengikut Seksyen 68 Akta Syarikat 2016 dengan kadar maksimum penalti yang dikenakan ialah RM50,000.

SSM-Foto-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.