Starbucks buka Rerserve Roastery di Jepun

Starbucks meraikan pembukaan Starbucks Reserve Roastery Tokyo, bangunan empat tingkat sebagai penghormatan kepada kualiti kopi premium, inovasi dan hubungan insan. Ini akan menjadi Roastery kelima di seluruh dunia, yang dibuka kepada orang ramai, bermula hari ini, mengesahkan komitmen 23 tahun syarikat kepada Jepun.

“Sebagai pasaran antarabangsa pertama di luar Amerika Utara, Starbucks Jepun telah menyumbang 23 tahun inovasi untuk syarikat itu di seluruh dunia,” kata Kevin Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif, Starbucks Coffee Company. “Pembukaan Roastery Tokyo akan mengukuhkan lagi apa yang dilakukan Starbucks Jepun di semua kedai di pasaran selama lebih daripada dua dekad – berinovasi dan menyampaikan kopi berkualiti terbaik satu orang, satu cawan dan satu kejiranan pada satu masa.”

Takafumi Minaguchi, Ketua Pegawai Eksekutif, Starbucks Japan, menambah, “The Roastery akan menguatkan dan mengilhamkan semangat kopi di seluruh kedai Starbucks, dan akan menjadi pemangkin untuk gelombang pertumbuhan baru yang berpusat pada pengalaman pelanggan dan semangat untuk kopi dan perkhidmatan.

“Bermula dengan kempen ‘Jadikan Kepunyaan Anda’ yang akan bermula di setiap kedai di Jepun sejurus pembukaan Roastery, para pelanggan akan dijemput untuk menikmati kopi Starbucks pertama yang dipanggang secara eksklusif di Tokyo, untuk Jepun, dan boleh didapati dalam pelbagai jenis gaya minuman kopi. ” – BERNAMA

Starbucks Jepun.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.