Strat Aero Malaysia perkenal Unifly BLIP perkasa industri dron

Syarikat perkhidmatan dron tempatan, Strat Aero Malaysia (SAM) menyatakan kesediaan untuk menawarkan khidmat Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UTMS) kepada industri dron melalui pelancaran peranti terbaharunya, Unifly BLIP.

SAM dalam kenyataan berkata, Penentuan Lokasi dan Identifikasi Pelancaran (BLIP) merupakan sebuah alat pengesanan dron berkualiti tinggi yang memberikan ketepatan penjejakan maksimum dengan latensi minima dan komunikasi stabil selepas integrasi dengan perkhidmatan UTMS.

“BLIP melaporkan kedudukan dron dengan informasi operator serta memastikan keselamatan ekosistem dron dengan UTMS yang menggunakan rangkaian selular ‘Long-Term Evolution’ (LTE) Cat 1,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SAM dan Mantan Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, kerjasama dengan syarikat dari Belgium, Unifly telah dicapai dalam merealisasikan matlamat tersebut.

“Unifly terkenal dan terbukti dalam industri perkhidmatan UTMS di pasaran antarabangsa. Bersama-sama kita akan menghubungkan operator dron dengan pihak penguatkuasa UTMS untuk penyatuan ekosistem dron dengan selamat di ruang udara Malaysia,” ujarnya.

Kerjasama SAM dan Unifly juga akan meneroka konsep operasi dron, keperluan pertukaran data dan rangka khas untuk membolehkan operasi dron secara jarak jauh (BVLOS) pada ketinggian 400 kaki di atas permukaan tanah (AGL) di ruang udara, di mana perkhidmatan Rangkaian Keselamatan Penerbangan bagi dron tidak disediakan oleh pihak CAAM.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.