Subplace lancar Sama-Sama Raya dengan rebat dan diskaun hingga 75 peratus

Subplace kini melancarkan kempen Hari Raya terbaru dengan tema Sama-Sama Raya. Kempen ini bakal menampilkan diskaun sehingga 75 peratus serta rebat tunai sehingga RM35 untuk membantu mengurangkan beban para pelanggan dalam persediaan menjelang perayaan ini.

Pengurus Eksekutif Subplace, Mak Wai Hong berkata, pihaknya berharap kempen Sama-Sama Raya ini dapat membantu mengurangkan kos ketika menziarahi keluarga dan sahabat handai, serta mengurangkan beban kewangan agar lebaran dapat dinikmati sepenuhnya.

โ€œKita baru sahaja keluar dari pandemik, dan masih ramai yang sedang bergelut mencari sesuap nasi.

โ€œKami berbesar hati dengan sokongan dan kepercayaan rakan-rakan bisnes kami untuk bersama menjayakan kempen Sama-Sama Raya ini.

โ€œKempen ini menampilkan jenama-jenama kegemaran Malaysia seperti Shell, MJ Jewellery, Kinohimitsu, Khind, Larrie, Decellini, MamyPoko, Ogawa, Lockin dan banyak lagi,โ€ ujarnya.

Salah satu tarikan utama kempen ini adalah baucar digital Shell yang menawarkan promosi hebat, dan ini pasti akan membantu meringankan kos perjalanan sepanjang sambutan bulan Hari Raya.

Selain itu, Subplace turut menampilkan potongan 61 peratus bagi seleksi barangan kemas tulen dari MJ Jewellery dengan kuantiti terhad bermula jam 12 tengah hari setiap hari.

Kempen Sama-Sama Raya turut menampilkan pelbagai Kod Promo RAYA10 (pembelian minima RM50), RAYA20 (minima RM100) dan RAYA35 (minima RM250) yang boleh digunakan oleh semua pelanggan baru dan sedia ada Subplace.

Sertai Kempen Sama-Sama Raya Subplace di https://subplace.com/campaign/sama_sama_raya bermula 4 April hingga 4 Jun 2022.

-NIAGATIMES

Subplace-Raya.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.