SUKE TV umum rangkaian siaran buat semua lapisan masyarakat

Industri media dan hiburan mengharungi pandemik dengan sokongan tidak putus-putus komunitinya dan peningkatan dalam penggunaan media televisyen dan penstriman digital.

Dengan pengguna di seluruh negara terpaksa berkurung disebabkan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat peningkatan mendadak pada angka harian penontonan televisyen.

Nielsen Media Malaysia mendedahkan pada 2020, Semenanjung Malaysia terus mencatat angka penontonan televisyen yang membanggakan meskipun di tengah-tengah pandemik ini.

Kajian pasaran firma ini mendapati kenaikan 9 peratus pada populariti dan masa tayang televisyen di Malaysia dalam tiga bulan pertama 2020.

Peningkatan penggunaan dan penontonan televisyen ini telah membawa kepada anjakan dalam industri dan potensi peningkatan hasil Industri media dan hiburan menerusi platform pendigitalan dan dalam talian.

Mengambil peluang ini, Datuk AC Mizal telah mengumumkan dan melancarkan stesen rangkaian siaran milik beliau iaitu SUKE TV.

“Sebagai seorang penggiat industri selama hampir tiga dekad yang telah lama mengikuti perubahan industri, saya ingin memainkan peranan dalam membuat perubahan yang boleh memberi impak positif kepada semua.

“Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kelulusan pelesenan dan kepada Malaysia Debt Ventures (MDV), Ahli Lembaga dan Pengurusannya kerana menyokong dan membiayai SUKE TV sepanjang proses pembangunan rangkaian kami,” katanya selaku pengasas dan pengerusi SUKE TV.

Tambah AC Mizal, SUKE TV merupakan rangakaian siaran 24 jam sedia untuk ke udara yang menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian.

“Matlamat kami untuk menyumbang kepada dan membantu selebriti, penggiat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan penonton tempatan. Matlamat akhir kami supaya SUKE TV menjadi bukan sahaja satu rangkaian siaran malah sebahagian daripada ekosistem industri,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Dato-AC-Mizal.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.