SME Bank telah berjaya menerbitkan Nota Jangka Sederhana Islam Kelestarian (IMTN); dengan harga akhir penerbitan mencatatkan 59 mata asas lebih tinggi berbanding Sekuriti Kerajaan Malaysia 5-tahun, dan membuka jalan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menuju ke arah ekonomi kitaran hijau.
Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, Penerbitan Sukuk Kelestarian ini membuka peluang yang lebih luas bagi PKS untuk mengembangkan perniagaan, teknologi dan perkhidmatan mereka.
โSecara tidak langsung ia menyokong aspirasi kerajaan dalam memajukan sektor teknologi hijau yang disasarkan dapat menyumbang RM100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menghasilkan 230,000 peluang pekerjaan hijau menjelang tahun 2030.
โSasaran-sasaran ini akan membantu dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi negara setelah dilanda pandemik,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Nazir, SME Bank berbesar hati untuk menjadi peneraju dalam membuka jalan bagi usahawan PKS menceburkan diri dalam ekonomi kitaran hijau.
โPelantikan RHB Investment Bank Berhad sebagai Penasihat Utama Tunggal dan Pengatur Utama Tunggal; serta Pengurus Utama Bersama (JLM) yang berpengalaman dari AmInvestment Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad telah menyumbang secara langsung ke arah pencapaian ini,โ ujarnya.
Sementara itu, bagi Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, hasil yang diperoleh daripada penerbitan Sukuk Kelestarian akan menangani masalah pembiayaan yang tidak mencukupi untuk projek hijau dan sosial.
“Hasil ini juga akan meluaskan jangkauan kerana kami dapat membiayai projek yang secara langsung menyokong 11 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB).
โPencapaian ini merupakan bukti sokongan padu SME Bank terhadap pemulihan ekonomi Malaysia dan pada masa yang sama dapat menjadikan ekonomi kitaran hijau di Malaysia sebagai norma baru,โ katanya.
-NIAGATIMES