Sunline jalin kerjasama dengan SCC dorong inisiatif Sabah Pintar

0
18

Inisiatif Sabah Pintar telah memulakan fasa pertamanya iaitu Sabah Pay, selepas kerajaan negeri memberi mandat kepada Sabah Credit Corporation (SCC) untuk memperkenalkan e-dompet negeri pada September tahun lalu. Beroperasi menggunakan Teknologi Perbankan Digital Sunline, inisitif ini akhirnya akan membolehkan negeri ini menyokong platform kewangan pintar yang hebat.

Asas yang mendasari Sabah Pay ialah keterangkuman dan kepelbagaian, direka bentuk dan dibangunkan untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Ciri utama bagi fasa pertama Sabah Pay ialah pemusatan pengumpulan tunai untuk kerajaan negeri Sabah, meningkatkan sistem penghantaran perkhidmatan negeri ini melalui pengurangan bahan buangan, kemudahan dan kecekapan yang dipertingkat.

Dalam fasa-fasa Sabah Pay yang akan datang, perkhidmatan gaya hidup digital seperti eKYC, akaun maya, pembiayaan maya, pinjaman pintar, berbilang saluran pembayaran, e-tempat letak kenderaan, e-tiket dan banyak lagi akan disediakan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCC, George Taitim Tulas, “Kunci kepada Bandar Pintar yang sebenar adalah untuk mendayakan kecekapan perkhidmatan dan akhirnya meningkatkan kehidupan penduduk. Oleh itu, Sabah Pay bukan sekadar e-dompet yang membolehkan pembayaran tanpa tunai dibuat, tetapi juga merupakan langkah pertama ke arah menyediakan perkhidmatan kewangan yang lancar.”

Ketua Pegawai Eksekutif Sunline Overseas Business, Matthew Chen turut mengatakan, “Sunline berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan SCC dalam Inisiatif Sabah Pintar ini. Kami percaya pengalaman kami serta usaha berterusan dan komitmen kami untuk menawarkan kemajuan teknologi yang paling inovatif akan membantu menjadikan Kewangan Pintar buat Sabah suatu kenyataan.”

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.