Syarikat pengeluar benih dunia wajar manfaat kerjasama Malaysia

0
8

Lebih banyak syarikat pengeluar benih perlu datang ke Malaysia dan mencari peluang untuk menjalin kerjasama penyelidikan selain menghasilkan biji benih.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pada masa ini terdapat hanya sebuah syarikat pengeluar benih tempatan dan sebuah syarikat pengeluar benih dari luar negara yang berpangkalan di negara ini.

“Kebanyakan syarikat tempatan lain di sini adalah pedagang benih, dan Malaysia dikenali sebagai negara persinggahan bagi import dan eksport biji benih berikutan lokasinya yang strategik,” katanya ketika merasmikan Kongres Benih Asia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Salahuddin berkata dengan perubahan iklim yang melanda dunia, saiz tanah pertanian yang semakin berkurangan dan isu alam sekitar, adalah penting supaya biji benih berkualiti tinggi digunakan dalam pertanian.

Sehubungan itu, beliau berkata varieti benih yang memberi banyak hasil, matang awal, toleran kepada perosak dan penyakit serta iklim melampau amat penting untuk membantu meningkatkan pengeluaran tanaman makanan dan sayur-sayuran untuk kegunaan dunia.

Kira-kira 1,400 wakil dari 48 negara mewakili 520 syarikat pengeluar benih mengambil bahagian dalam kongres yang berlangsung sehingga Jumaat.

Kongres itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Benih Asia dan Pasifik (APSA) dan Persatuan Benih Kebangsaan Malaysia (NSAM).

-BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.