Syarikat tidak berkembang maju tidak lagi dikenakan insentif cukai

0
1

Syarikat yang telah diberikan insentif cukai di masa lepas tetapi gagal berkembang maju tidak lagi akan diberikan layanan sama sekiranya mereka terus beroperasi dengan cara yang sama di masa depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming berkata perkara itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC).

“Terdapat cadangan dikemukakan pada waktu kami menubuhkan jawatankuasa (pembaharuan cukai), yang mungkin melibatkan insentif cukai ditawarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), misalnya.

“Kami bersetuju bahawa jika mana-mana syarikat telah mendapat kelulusan bagi insentif itu di masa lepas, dan masih berada di takuk lama dan sedikit sebanyak bergerak ke hadapan, ia sepatutnya tidak meneruskan untuk insentif itu diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa diminta mengulas cadangan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram supaya kerajaan memansuhkan insentif cukai yang tidak lagi relevan.

Sidang media itu diadakan selepas Persidangan Industri 4.0 2019 Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) di Sunway Resort Hotel & Spa, kelmarin.

–BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.