Talian bebas tol PSK bantu usahawan dilancar

Mana-mana usahawan yang mempunyai masalah dan aduan berhubung isu perniagaan tidak perlu khuatir lagi tercari-cari talian untuk dihubungi kerana Pusat Sehenti Keusahawan (PSK) yang baru sahaja dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan boleh membantu mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, konsep pameran bergerak dan talian bebas tol yang ada pada PSK mampu bertindak sebagai pusat mengumpul maklum balas, menyimpan data dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan.

“Pelaksanaan PSK itu akan membabitkan sumber sedia ada daripada pelbagai agensi di bawah MED di mana orang ramai terutamanya usahawan boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program atau pembiayaan yang ditawarkan oleh wakil agensi kami.
“Jadi, kita memperkenalkan PSK dan buka talian bebas tol ini untuk memudahkan penyaluran maklumat serta pengumpulan data,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga MED, di Putrajaya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, para usahawan boleh menghubungi talian 1-300-88-1020 yang dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.