TEKUN Nasional peruntuk RM30 juta bantu usahawan tidak formal dan mikro terkesan banjir

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya TEKUN Nasional telah memperuntukkan RM30 juta sebagai inisiatif bantuan pasca banjir kepada usahawan tidak formal dan mikro.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, TEKUN Nasional telah menawarkan pembiayaan pemulihan perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 ribu tanpa caj keuntungan termasuklah moratorium selama 12 bulan bagi merealisasikan bantuan berkenaan.

โ€œSPIM telah dibuka untuk permohonan mulai awal Januari yang lalu. Sehingga kini seramai 14,906 orang usahawan telah memohon pembiayaan SPIM dengan nilai RM133.1 juta.

โ€œBilangan ini termasuk 304 permohonan bernilai RM2.9 juta yang terdiri daripada usahawan terjejas dengan bencana banjir.

โ€œDaripada jumlah tersebut sebanyak 2,825 permohonan SPIM telah diluluskan dengan nilai RM23.8 juta. Nilai ini termasuk RM1.62 juta pembiayaan yang telah diluluskan kepada 179 orang usahawan yang terkesan dengan bencana banjir,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Noh, pembiayaan SPIM bukan sahaja terbuka kepada usahawan yang terkesan dengan banjir tetapi kepada semua usahawan tidak formal dan mikro.

โ€œBagi usahawan yang terjejas dengan wabak Covid-19 pula, mereka boleh memohon SPIM sebagai suntikan modal pusingan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan.

โ€œUsahawan tidak formal dan mikro boleh memohon SPIM bagi tujuan pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Kredit-foto-TSNO.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.