Tiga sektor teras utama taruhan Malaysia ke Turki

0
13

Malaysia akan mempertaruhkan tiga sektor teras utama iaitu aeroangkasa, automotif serta jentera dan peralatan dalam usaha mempertingkatkan pelaburan tempatan di negara Turki.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga sektor teras utama yang mahu ditawarkan kepada Turki sebagai rakan dagangan dua hala tersebut juga berkemampuan membantu usahawan-usahawan dari negara berkenaan untuk meneroka industri terlibat secara lebih mendalam.

“Kita menyasarkan untuk menjadi pemain utama dalam industri aeroangkasa menjelang 2030 dengan fokus kepada kejuruteraan dan reka bentuk dalaman pesawat. Ini termasuklah sektor automotif untuk pekerjaan yang memberi pendapatan tinggi berserta komponen kritikal dan elektrikal.

“Malaysia juga negara yang terbesar di ASEAN dalam sektor jentera dan peralatan. Syarikat Turki boleh melabur dalam teknologi tinggi ini,” katanya sewaktu sesi soal jawab bersama-sama 35 wakil syarikat gergasi Turki di Shangri-La Bosphorus Istanbul, baru-baru ini.

Tambah Tun M, satu lagi sektor yang berpotensi dibawa masuk ke Turki ialah industri makanan melibatkan produk-produk dan perkhidmatan halal.

Sidang-Meja-Bulat-Malaysia-di-Turki-Kredit-foto-Tun-M.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.