TM One, UMW materai MoI bangunkan penyelesaian digital industri

0
9

Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui unit rumusan perniagaan perusahaan dan sektor awamnya, TM One bersama-sama UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) telah memeterai memorandum hasrat (Memorandum of Intent – MoI) untuk kerjasama strategik bagi membangunkan penyelesaian digital tempatan.

MoI yang disasarkan ke arah mempertingkatkan dan memperkasakan keperluan Revolusi Perindustrian Keempat (RI 4.0) untuk industri-industri di Malaysia bagi menjadikannya lebih produktif, cekap dan bersedia untuk masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, pihaknya komited untuk membawakan penyelesaian perniagaan bersepadu yang akan memenuhi permintaan pelanggan ke arah memperkasakan Digital Malaysia.

“Dengan infrastruktur rangkaian dan penyelesaian digital kami yang mantap, TM bersedia untuk membantu syarikat-syarikat seperti UMW ke arah RI 4.0. Kami berbangga menjadi rakan strategik dalam mewujudkan penyelesaian-penyelesaian digital yang inovatif, pintar dan menyeluruh menerusi Platform Perisian IoT TM One bersama-sama UMW untuk industri ini.

“Kami percaya kerjasama ini akan membantu menangani cabaran dan memperkasakan pemain-pemain industri untuk mengoptimumkan kecekapan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.