TNB dan MARii bangunkan ekosistem kenderaan elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Malaysia Automotive, Robotics and IOT Institute (MARii) dalam mewujudkan platform bagi menangani cabaran penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara menyeluruh, seiring peralihan tenaga negara.

Kerjasama syarikat utiliti berkenaan dengan agensi utama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, bertunjangkan kolaborasi pembangunan bersama ekosistem EV, membolehkan pelaksanaan Mobility as a Service (MAAS) dan inisiatif berkaitan dalam pasaran automotif di Malaysia.

Kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang antara lain membolehkan TNB mengambil bahagian bersama-sama dengan MARii dalam menubuhkan EV Interoperability Centre (EVIC) di Cyberjaya termasuk dalam pembahagian tenaga dan rangkaian grid, bagi mewujudkan garis panduan pengembangan penggunaan EV di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, dalam usaha menuju mobiliti rendah karbon sejajar peralihan tenaga negara, TNB mengambil langkah jelas menerokai bidang mobiliti elektrik yang memberi fokus kepada tenaga hijau, termasuk menyediakan infrastruktur EV.

โ€œSemua usaha ini bakal mempertingkatkan impak pembangunan mesra alam dan kesejahteraan sejagat dengan keutamaan terhadap tahap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menjadi agenda TNB,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Baharin menegaskan kerjasama TNB dan MARii ini merupakan satu lagi bukti komitmen TNB terhadap inisiatif kerajaan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45% dalam tahun 2030. Ia turut merupakan sebahagian daripada Hala Tuju Kelestarian (Sustainability Pathway) TNB ke arah pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Mohamad Madani Sahari berkata, kolaborasi tersebut adalah langkah ke hadapan menuju era mobiliti terhubung bermula dengan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik.

โ€œMARii dan MITI bakal menubuhkan Electric Vehicle Interoperbility Center (EVIC), di mana teknologi penjanaan dan penyimpanan tenaga akan menjadi pemegang taruh penting dalam mengembangkan infrastruktur penyelidikan dan pembangunan bagi kegunaan pengilang EV dan pembekal komponen kritikal di bawah EVIC,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

MoU-MARii-TNB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.