Top Asia Corporate Ball 2019 iktiraf pemain industri Asia

Majlis anugerah Top Asia Corporate Ball (TACB) 2019 yang dianjurkan oleh penerbitan majalah ‘Top 10 of Asia’ bersama-sama ‘Top 10 of Malaysia’ baru-baru ini menyaksikan pelbagai pengiktirafan diterima pemain-pemain industri Asia daripada pelbagai jenis lapangan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik hadir sebagai tetamu kehormat menyempurnakan majlis

Penganjuran TACB edisi ketujuh tersebut yang dihadiri oleh tokoh-tokoh, ketua-ketua pegawai eksekutif, pemilik perniagaan, personaliti serta selebriti dari segenap Asia dan Malaysia memperlihatkan tiga anugerah istimewa bagi pengiktirafan negara dimenangi oleh Malaysia (Pulau Pinang sebagai Bandaraya Paling Sesuai didiami di Asia), Thailand (Negara Asia Teratas bagi Pelancongan Perubatan) dan Singapura (Negara Terbaik di Asia bagi Tanggapan Pertama).

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso menerima Anugerah Personaliti Top 10 Paling Menonjol

Editor Urusan RHA Media, Lee Seng Chee berkata, penganugerahan yang disampaikan adalah selari dengan hasrat dan objektif penerbitan Top 10 bagi memberi liputan menyeluruh kepada personaliti terlibat berdasarkan kredibilitinya menampilkan jumlah paparan tertinggi berbanding penerbitan-penerbitan yang lain.

Pengasas Top Glove Corporation, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Global Seumur Hidup

“Begitulah keindahan yang dicoretkan dalam halaman-halaman muka surat Top 10 yang melibatkan kapten industri atau personaliti mencetus inspirasi, di mana mereka masing-masing memiliki pencapaian hebat serta kisah unik untuk dikongsikan kepada khalayak umum sebagai ilham,” katanya ketika berucap pada TACB 2019 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tunku Mariam Sultan Iskandar dan Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran.

Selebriti terkenal, Rozita Che Wan menerima Anugerah Legenda Top 10 bagi Aktres Malaysia

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.