Pavilion REIT Malls mengalu-alukan para pengunjung untuk menyambut keindahan Raya yang diilhamkan oleh warisan, tradisi budaya, dan semangat kebersamaan. Sambutan tahun ini menggambarkan intipati sebenar musim perayaan yang menghormati adat resam sambil memupuk keharmonian.
Pavilion Kuala Lumpur, bersama Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall, dan Da Men Mall, akan meraikan tradisi yang dihargai ini dengan pengalaman perayaan yang unik di setiap lokasi.
Bermula sekarang hingga 6 April 2025, sambutan ini akan memperlihatkan kekayaan warisan Hari Raya dan semangat perpaduan dengan penuh keindahan.
Pavilion Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Budaya Raya, yang meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian serta keharmonian budaya Malaysia. Dengan transformasi Centre Court menjadi sebuah pentas yang menampilkan keindahan tradisi Malaysia, para pengunjung dijemput untuk menikmati persembahan kebudayaan, pameran kraf tradisional, dan keseronokan membeli-belah untuk Hari Raya.
Pavilion Bukit Jalil pula mengajak para pengunjung untuk merasai Kemeriahan Bersama, sebuah sambutan yang meraikan kebersamaan dengan menggabungkan nostalgia dan penceritaan moden.
Pusat beli-belah ini telah ditransformasikan menjadi lokasi perayaan yang meriah, dihiasi dengan dekorasi tradisional, reruai barangan perayaan, serta persembahan kebudayaan yang membangkitkan pesona sambutan Raya.
Pengunjung juga dijemput untuk menyelami kemeriahan perayaan di Intermark Mall dengan Rhymba Raya, sebuah sambutan yang menggabungkan tradisi, alam semula jadi, dan muzik. Ground Floor Atrium di Intermark Mall telah ditransformasikan menjadi sebuah oasis hijau yang diinspirasikan oleh kehijauan tropika Malaysia.
Di sini, alunan instrumen tradisional seperti Gamelan dan Angklung mencipta suasana yang mempesona, menjemput pengunjung untuk merasai nilai kebersamaan, kesyukuran dan kemurahan hati, menghidupkan lagi maksud Syawal yang sebenar.
Da Men Mall dengan bangganya turut serta dalam meraikan perayaan Hari Raya dengan Kenangan Raya, sebuah inisiatif istimewa yang bertujuan membangkitkan nostalgia tradisi balik kampung sambil mencipta kenangan baharu bersama insan tersayang.
Sebaik melangkah masuk ke Da Men Mall, pengunjung akan disambut dengan dekorasi perayaan yang menakjubkan di kawasan lobi di Aras Bawah yang membawa mereka ke suasana desa yang indah. Daya tarikan utama ialah sebuah pokok yang dihiasi dengan ketupat, juadah Raya paling ikonik yang melambangkan perpaduan dan kebersamaan.
-NIAGATIMES