Transformasi usahawan hasil program intervensi SME Bank

Program intervensi Upward Migration SME Bank yang bertujuan meningkatkan perniagaan pelanggannya telah membuahkan hasil apabila 10 buah syarikat dari negeri Johor diberi penghargaan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa program melawat negeri Johor kerana merekodkan prestasi cemerlang.

Beliau berkata, kejayaan mereka diukur berdasarkan peningkatan jualan dan pendapatan, jumlah pekerja, hasil eksport dan adaptasi penggunaan teknologi.

โ€œSecara keseluruhannya, SME Bank telah berjaya membantu hampir 2000 orang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara melalui program Upward Migration ini.

โ€œDari segi kewangan, 10 buah syarikat ini telah mendapat pembiayaan bernilai RM24.5 juta manakala untuk negeri Johor secara keseluruhannya, SME Bank mencatatkan kelulusan pembiayaan bernilai RM209 juta kepada 197 orang usahawan PKS melalui dua cawangannya pada tahun 2020,โ€ katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim berkata, pihaknya komited dan bersedia sepenuhnya untuk membantu usahawan-usahawan PKS bangkit dan merancakkan semula aktiviti ekonomi negara.

โ€œVisi SME Bank adalah untuk menjadi peneraju dalam penciptaan nilai ekosistem PKS bagi memacu agenda pembangunan usahawan PKS negara.

โ€œSebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang telah lama membimbing dan membangunkan usahawan PKS, SME Bank sedar akan cabaran getir yang sedang dihadapi oleh mereka,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.