TT Live Mall guna pendekatan keusahawanan digital promosi produk

0
192

TT Live Group telah memperkenalkan platform perniagaan dalam talian di media sosial, TT Live Mall, yang menggunakan pendekatan promosi barangan jualan secara langsung oleh personaliti dan ‘influencer’.

Platform perniagaan ini juga merupakan sebahagian medium rangkaian pengeluar dan pengedar pelbagai barangan melibatkan ribuan jenis produk untuk dipromosikan dan dijual oleh personaliti dan ‘influencer’ di mana penyertaannya dibuka kepada mana-mana individu yang berminat menjadi usahawan secara digital.

Pada masa yang sama, TT Live Group turut menubuhkan TT Live Mall Academy bagi membimbing usahawan terlibat melalui siri latihan yang akan diadakan sebagai persediaan mereka dalam bidang keusahawanan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, hari ini.

pelancaran-TT-Live-Mall-foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.