TUBE guna pendekatan baharu latih 1,000 usahawan belia dan OKU

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kelolaan SME Corp. Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi edisi tahun ini dilaksanakan secara atas talian dengan penglibatan dijangka memanfaatkan kira-kira 1,000 belia bumiputera termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

MEDAC dalam satu kenyataan berkata, tempoh latihan program TUBE ini juga dipendekkan kepada tujuh hari dengan modul latihan yang mudah difahami, jelas dan boleh terus dipraktikkan selepas peserta menamatkan latihan.

“Tahun lalu, hanya 579 belia dilatih berbanding 1,000 belia pada tahun 2020.

“Sehingga kini, program TUBE telah berjaya melatih sejumlah 5,346 belia untuk menceburi bidang perniagaan dan daripada jumlah tersebut, 4,952 usahawan belia iaitu 93 peratus telah mendaftarkan perniagaan dengan nilai jualan terkumpul sehingga Ogos 2020 bernilai RM127.1 juta,” katanya.

Sementara itu, Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa terdapat peningkatan peserta TUBE bagi negeri Sarawak yang telah dilatih pada tahun 2020.

“Bagi negeri Sarawak, sehingga kini, sejumlah 474 usahawan belia telah dilatih dan perniagaan yang dijalankan telah mewujudkan 924 peluang pekerjaaan serta RM8.7 juta nilai jualan terkumpul,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penutup Program TUBE 7.0 secara maya di D’Virtual Park Serba Dinamik, Kota Samarahan, semalam.

-NIAGATIMES

TUBE-2020-Kredit-foto-DS-Dr-Wan-Junaidi.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.